12.06.2009

KB Mall Runtuh??

Sunday, December 06, 2009 by MR Penyubiru ·
Labels:


Petang tadi kecoh pasal KB Mall runtuh melalui twitter. Sebabkan ingin tau, betul ke KB Mall runtuh?? adakah situasinya senasib dengan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak tu??

Setelah diselidiki, bukan lah runtuh seperti runtuhnya sebuah bangunan, tetapi sebuah kereta hilang kawalan dan telah mengundur secara tiba² dan seterusnya melanggar dinding penghadang di ruangan parking di bumbung KB Mall. Akibat perlanggaran tersebut, menyebabkan kereta Satria kuning tersebut terjunam merempuh bumbung KB Mall dan seterusnya sampai ke ruangan beli belah. Betul² di celah² antara dua escalator.


Difahamkan, dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill maut dalam kemalangan tersebut, dan seorang cedera parah. Bagaimanapun aku tak pasti samada mangsa yang terlibat adalah penumpang dalam kenderaan tersebut atau pengunjung KB Mall.


Dua maut kereta terjunam dari parkir pasar raya

06/12/2009 8:26pm

KOTA BAHARU 6 Dis. — Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.

Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.

— BERNAMA


Itu berita terkini dari utusan online. Berikut adalah gambar yang aku ambil dari pelbagai blog yang aku sudah lupa. sori yer..












Beberapa video yang telah diupload ke youtube. Teknologi sekarang mempercepatkan penyebaran berita. thanks to teknologi!






Peluang tuk memenangi HP Mini 1000 Netbook dengan mudah. Maklumat lanjut baca disini.



1 comments:

armouris said...
Monday, 07 December, 2009

elak kemalangan, jangan SMS ketika memandu! - Bahaya SMS (Ketika Memandu)

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik