11.26.2009

Mazda RX7 Jealous Ahura Milik TMR

Thursday, November 26, 2009 by Mr PenyuBiru ·
Labels:



JOHOR BAHRU 31 Ogos - Kereta Jealous Ahura melalui pelbagai liku-liku sebelum berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa dan mengharumkan nama Malaysia baru-baru ini.

Pemilik kereta itu, T.M. Rawa, 49, berkata, ia bermula dengan idea untuk mengubah suai sebuah kereta Mazda RX7 yang tersadai tidak berfungsi kepada sesuatu yang boleh dibanggakan.

Selepas 'bosan' melihat kereta yang dibelinya itu, beliau memerah idea dan kreativiti untuk melakukan pelbagai modifikasi terhadap kereta itu dengan dibantu oleh rakan-rakannya.

Lebih selesa dipanggil TMR, katanya, akhirnya beliau berjaya menghasilkan kereta yang dinamakan Jealous Ahura dengan reka bentuk, gubahan warna dan ciri-ciri menarik.

"Jealous Ahura menghimpun pelbagai kisah gembira dan duka kami berlima. Ia juga lambang kepada sebuah perjuangan dan pengorbanan yang tidak ternilai.

"Demi 'melahirkan' Jealous Ahura, pelbagai onak duri terpaksa ditempuhi. Kami terpaksa menghabiskan banyak duit, tenaga, masa dan yang paling 'sakit' apabila modifikasi yang dijalankan mengalami beberapa kegagalan," katanya yang ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini baru-baru ini.

Katanya, pelbagai pandangan negatif yang diterima sepanjang tempoh kerja-kerja modifikasi dijalankan itu tidak termasuk mereka yang tidak percaya dengan impiannya.

"Mereka kata impian saya hanya satu angan-angan. Ia tidak akan berhasil malah hanya membuang masa dan wang ringgit sahaja. Sampaikan satu tahap saya hilang kawan-kawan kerana kereta ini.

"Namun, saya tidak sedikit rasa terkilan mahupun menyesal. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan," tegasnya.

Namun, itu kisah tujuh tahun yang lalu, kini beliau dan rakan sepasukannya mampu mengukir selebar-lebarnya senyuman apabila Jealous Ahura berjaya mengharumkan nama negara dengan memenangi tempat kedua pada Pertandingan Permotoran Antarabangsa Meguiars di Sydney, Australia dengan menewaskan 500 kereta lain.

Pertandingan yang diadakan pada 11 dan 12 Julai lalu turut disertai oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Arab dan Kanada.

Malah lebih membanggakan, Jealous Ahura yang menggunakan rekaan Kerawang Melayu Diraja bermotifkan awan larat serta bertatah 10,000 butir kristal asli Swarovski turut berjaya menggondol Anugerah Kudos yang diberikan oleh Jawatankuasa Kehakiman Motor Ex.

Katanya, Jealous Ahura telah menjalani proses pengubahsuaian ekstrem yang melibatkan kos kira-kira RM700,000.

Menurut T.M. Rawa, kereta tersebut juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai Kereta Keenam Terbaik Dunia daripada House of Kolor, sebuah syarikat mengecat kenderaan motor yang tersohor di dunia.

Ia merupakan kereta Malaysia pertama yang dicat oleh House of Kolor.

Menurutnya, sewaktu berangkat ke Australia, beliau langsung tidak menetapkan sebarang harapan untuk mendapat sebarang pengiktirafan apatah menggondol piala kejuaraan.

Perginya beliau dan lima lagi rakannya adalah sebagai menyahut cabaran Malaysia sekali gus memperkenalkan negara ini di mata dunia.

Namun, sewaktu kaki menapak di tempat pertandingan, hatinya terdetik bahawa Jealouse Ahura mampu menjanjikan kejayaan buat mereka.

"Syukur alhamdulillah. Ini rezeki kami dan yang penting kami dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Sepanjang berada di sana, para pengunjung sungguh tertarik dengan kreativiti rakyat Malaysia," katanya.

Bercerita mengenai konsep yang diterapkan di dalam kereta miliknya itu, beliau berkata, keseluruhan konsep Jealous Ahura adalah seni Melayu.

Terdapat kerawang diraja bermotifkan awan larat serta imej wau bulan yang terpampang besar di bahagian hadapan kereta berkenaan.

"Seni Melayu itu indah dan hebat. Saya tidak mahu seni berzaman ini hilang begitu sahaja," ujarnya.

Ditanya mengapa memilih nama Jealous Ahura, Rawa berkata, nama Ahura diambil daripada perkataan Jepun membawa maksud Dewa Cahaya manakala Jealous membawa interpretasi segala cakap-cakap negatif masyarakat terhadap usaha beliau.







Peluang tuk memenangi HP Mini 1000 Netbook dengan mudah. Maklumat lanjut baca disini.



2 comments:

Finaz said...
Thursday, 26 November, 2009

cantik3.. keta pun pakai kristal..isk..isk.. agak kalo wife dia, dia bagi pakai apa lak kan?

p/s: saya dah tahu muka awak...hehe
ohYa! jelas sgt gambar tuh. Hensem3 hehe.. so kalo saya jumpa awak kat Ikea saya akan cakap "Hi..Penyu...hehehehe"
(saya gurau jer.. dont worry kalo saya jumpa awak sy senyum jer takkan panggil ok!)

Mr PenyuBiru said...
Thursday, 26 November, 2009

finaz,
wife dia pakai kete tu je la kut.hehe..

p/s: sebab tu saya segan taruk muka saya kat blog sebab hensem sgt.haha..
btw, tengok kat mana muka saya? harap² bukan kat wanted list dah le yer.hehe..

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik