10.11.2009

Keputusan Terkini Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang

Sunday, October 11, 2009 by MR Penyubiru ·
Labels:






8pm Rasmi, BN diumumkan berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,578 undi.

7.15pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan 5,435 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,578 undi. Undi rosak 222.

Kira-kira 300 lagi undi daripada 11,157 undi belum dihitung.

7pm Rasmi, BN mendahului PAS dengan 3436 undi pos. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 4377 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 941 undi.

6.59pm Rasmi, BN juga mendahului PAS dengan jumlah yang besar bagi undi pos. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 3,521 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 601 undi.

Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 1,891 undi, sementara PAS pula 1,189 undi pos.

6.52pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 5,331 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 7,821 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,490 undi. Undi rosak 218.

Setakat ini, 10,395 daripada 11,157 undi atau 93.2 peratus undi telah dihitung.

6.40pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 4,702 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 6,705 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,003 undi.

Setakat ini, 8,708 daripada 11,157 undi atau 78 peratus undi telah dihitung. Jika trend ini berterusan, BN akan menang dengan majoriti undi lebih besar.

Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 2,333 undi.

6.25pm Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahulu di empat daripada lapan daerah mengundi di DUN Bagan Pinang. Malah BN menang di ketiga-tiga daerah mengundi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Tiga kawasan tersebut ialah Pekan Siliau (BN 349 dan PAS 113 undi); Ladang Atherton (BN 218 dan PAS 115); dan Sua Betong (BN 371 dan PAS 149). Manakala BN mengekalkan penguasaannya di Ladang Bradwall dengan memperolehi 215 undi dan PAS mendapat 90 undi.

Dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang di Pekan Siliau dengan mendapat 275 undi dan BN 194 undi (majoriti 81 undi); menang di Ladang Atherton dengan mendapat 208 undi dan BN 124 undi (majoriti 84 undi); dan menang di Sua Betong dengan mendapat 290 undi dan BN 244 undi (majoriti 46 undi).

BN pula menang di Ladang Bradwall dengan mendapat 172 undi dan PAS memperolehi 131 undi (majoriti 41 undi).





4.55pm
Persaingan BN dan PAS dijangka sengit - majoriti calon yang menang dijangka tipis.

"Kalau (PAS) menang, tidak menang banyak. Kalau kalah, tidak kalah banyak," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang menyifatkan kedua-dua parti saling "kejar-mengejar."

Bagaimanapun BN yakin menang dan mempertahankan kerusi DUN tersebut.

"Pada jangkaan awal kita, 70 peratus daripada jumlah undi memihak kepada kita," kata Ketua Pemuda Umno Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli.

4.45pm Masa untuk membuang undi bagi menentukan ADUN baru Bagan Pinang tinggal lagi 15 minit sebelum ditutup rasmi.

4.23pm Seramai 6,301 pemilih, atau 69.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 4 petang - sejam lagi sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan peratus keluar mengundi mencecah 80 peratus.

3.20 petang: Sehingga pukul 3 petang seramai 5,892 atau 65 peratus telah keluar mengundi.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan mengejut berhubung pemakaian lambang-lambang parti di badan para penyokong di luar lapan pusat pembuangan undi.

Atas arahan suruhanjaya itu, polis mengarahkan semua petugas dan penyokong PAS serta BN menanggalkan sebarang simbol - termasuk pada pakaian seperti topi atau jaket.

Penggunaan kipas tangan dan payung yang bersimbolkan parti bertanding juga dilarang.

2.20 petang: Sehingga pukul 2 petang seramai 5,371 atau 59.2 peratus telah keluar mengundi.

1.45 tengah hari: Pasukan FRU ditempatkan untuk mengawal ketegangan yang berlaku di kawasan peti undi SK Telok Kemang.

1.15 tengah hari: Sehingga pukul 1 tengah hari seramai 4,905 atau 54.1 peratus telah keluar mengundi.

12.57 tengah hari: Keadaan di kawasan peti undi Telok Kemang terus tegang. Penyokong-penyokong masih berbalah sorakan.

12.10 tengah hari: Sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 4,220 atau 46.5 peratus telah keluar mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

11.25 pagi: Sehingga pukul 11 pagi, seramai 3,239 atau 35.7 peratus telah keluar mengundi.

11.20 pagi: Pergaduhan antara penyokong BN dan PAS berhampiran dengan pusat mengundi di SK Telok Kemang. Kejadian berlaku apabila kedua-dua pihak membaling botol dan kayu kepada pihak lawan. 2 orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis.

11.05 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata hasil tinjaun di beberapa buah pusat mengundi, beliau berpuas hati dengan proses pengundian walaupun keadaan cuaca hujan di sebelah pagi tadi.

11 pagi: Calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yakin akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Hingga saat ini saya yakin dengan sokongan yang diberikan, insya-Allah pengundi di Bagan Pinang akan memberi kepercayaan kepada BN," katanya ketika meninjau pusat mengundi di Si Rusa.

10.20 pagi: Setakat pukul 10 pagi jumlah keluar mengundi ialah 2, 168 atau 23. 9 peratus.

10 pagi: Di SRJKC Ladang Siliau, juga terdapat penyokong BN dan PAS yang masih berkempen. Namun keadaan masih lagi terkawal.

9.20 pagi: Di pusat mengundi SK Panglima Adnan, situasinya juga sama dengan kedua-dua penyokong PAS dan BN masih merayu undi dan berkempen pada hari pengundian. Keadaan juga tegang di sekolah tersebut.

9.15 pagi: Sehingga pukul 9 pagi jumlah keluar mengundi ialah seramai 1,058 atau 11.6 peratus.

9.10 pagi: Kira-kira 100 meter dari peti undi SK Telok Kemang,suasana menjadi tegang dikalangan penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS yang hadir. Masing-masing bersorak melaungkan nama parti mereka. Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan anggota polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

8.55 pagi: Hujan renyai-renyai kembali turun di kawasan Telok Kemang namun ia tidak menghalang pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.



8.15 pagi: Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang mendapati kira-kira 100 pengundi mula hadir di pusat undi berkenaan.

8 pagi: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil N 31 DUN Bagan Pinang bermula.

7.50 pagi: Suasana di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang meriah dengan kehadiran ramai penyokong kedua-dua parti yang bertanding.

7.45 pagi: Hujan telah pun berhenti, cuaca kembali terang dan keadaan trafik di Bandar Port Dickson bergerak lancar.

7.30 pagi: Keadaan mendung dan hujan turun renyai-renyai.

7 pagi: Hujan turun dengan lebat di kawasan Telok Kemang.



Proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula sebaik sahaja pusat-pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pengundi pos telah selesai membuang undi dua hari lalu, manakala pengundi biasa akan membuat pilihan mereka hari ini di lapan pusat pengundian yang melibatkan 18 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 80 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Pilihan raya DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.





Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohammad Noor, pada 4 September lalu. Azman mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Polis telah menasihatkan pengundi khususnya supaya mematuhi arahan anggota pasukan itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas, yang dijangka sesak berikutan kehadiran pelawat yang berkunjung ke pantai peranginan di situ pada hujung minggu.

Pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan
undi di kesemua lapan pusat mengundi terbabit.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan MPPD dan keputusannya
dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.




Betul ke buat ebook ade masyuk.Sana sini orang jual ebook.Aku nak try buat ebook jugaklah.Seb baik ada panduan ebook free.Klik sini tuk download.






0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik