8.09.2009

(Video) Pesawat, helikopter berlanggar di New York

Sunday, August 09, 2009 by Mistaken Identity ·
Labels: ,

Tour Helicopter & Small Plane Crash Over Hudson River


NEW YORK 8 Ogos – Sebuah pesawat kecil berlanggar dengan sebuah helikopter pelancong di ruang udara Sungai Hudson berhampiran Manhattan di sini, hari ini.

Menurut pengawal pantai, seorang mangsa berjaya diselamatkan.

Sementara itu, pegawai Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Teterboro di New Jersey, manakala helikopter itu adalah milik Liberty Tour iaitu sebuah syarikat pelancongan.

Pegawai itu berkata, jumlah mereka yang berada dalam pesawat tersebut tidak diketahui tetapi dilaporkan seramai lima penumpang dan seorang pekerja berada dalam helikopter itu ketika nahas berlaku. – AP




Sembilan terkorban pesawat, helikopter berlanggar

NEW YORK 9 Ogos - Sembilan termasuk lima pelancong Itali terkorban apabila sebuah pesawat kecil dan helikopter berlanggar di New York menyebabkan kedua-dua terjatuh ke dalam Sungai Hudson.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berkata, terdapat lima pelancong Itali dan seorang juruterbang berada dalam helikopter manakala tiga lagi berada dalam pesawat termasuk juruterbang dan seorang kanak-kanak.

Tiga mayat mangsa telah ditemui dan para pegawai berkata, tiada harapan untuk menemui mangsa yang terselamat.

Bloomberg berkata, pesawat Piper Saratoga didapati merempuh bahagian belakang helikopter Eurocopter AS350 menyebabkan ia patah dan jatuh ke dalam sungai.

Helikopter itu milik Liberty Helicopter, iaitu penyedia perkhidmatan helikopter pesiaran terbesar di utara Amerika Syarikat. - Reuters

sumber berita : utusan online
sumber video : Fox News





0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik