8.12.2009

Soal Jawab Virus H1N1

Wednesday, August 12, 2009 by Mr PenyuBiru ·
Labels: ,



A. Bagaimana sebenarnya H1N1 merebak?
adakah setiap rakyat akan diberikan suntikan vaksin?
cukupkah kiranya memakai topeng muka boleh mngelak jangkitan H1N1?
adakah jangkitan H1N1 hanya boleh menyebabkan individu tertentu sahaja sakit?


Jaw...

1. Merebak melalui udara dan cecair badan seperti bersin, batuk dan bercakap kuat.

2. Vaksin untuk H1N1 masih tiada. Kalau hanya simtom, KKM akan bagi ubat flu sahaja. Jika comfirm ada H1N1 akn dimasukkan ke wad dan barulah di beri vaksin anti viral. Anti viral hanya melambatkan penularan tetapi tidak menjamin tak kena. Orang awam tidak dibenarkan sama sekali mengambil suntikan antiviral. Sebab?...dalam dunia hanya ada 2 jenis antiviral. Jika semua orang ambil...automatik jika virus2 baru akan datang mutasi dan akan lali dari ativiral tersebut. jadi amat2 berbahaya jika ambil antiviral.

3. Jangkitan tidak mengenal golongan. Semua boleh dijangkiti. Cuma kekuatan antibodi badan sahaja yg mampu menghasilkan anti virus ini selepa 7 hari dari prosesmulanya pengeraman.

Cuma ada indvidu2 yg risiko kematian lebih tinggi seperti ibu mengandung, ibu baru bersalin (lemah lagi badannya), gemuk, darah tinggi, kecing manis, jantung dll.

4. Topeng muka boleh membantu menghalangkan kita menyedut secara langsung cairan yg dilepaskan melalui batuk, besin dan bercakap kuat. Lebih baik buka tingkat dari duduk dalam tertutup.


@
Sementara tunggu soalan...aku bagi info.

Nak tahu anggaran yg dah terkena....jumlah yg telah dijangkit di darabkan dgn 10. So kalau sekarang 1300 maka dah ada 13 ribu penularan. Lepas tu kali dgn 10 lagi. Sebabnya WHO sendiri tak tahu status penyebaran dah sampai tahap mana. Malah KKM pun dulu mampu ambil 10 sample bagi setiap kes cluster tetapi sekarang hanya mmpu ambil 5 sahaja.

Kenapa baru KKM nampak risau?.

Sebabnya dari 0 kes bermula April 2009 sejak dikesan hingga kes yg ke seribu, tiada kematian. Maknanya penularan belum meluas. Bila rank antara 100-300 kes berlaku keatian sehingga 8 orang secara rasminya, maka ini menunjukkan kes ini telah tersebar luas.

Banduan dalam penjara Jelebu pun kena dan orang asli di hutan Kuala Pilah pun dah kena.


B.
adakah kerajaan ada buat pemantauan di pusat-pusat ternak babee?

kenapa takde berita babee dihapuskan sedangkan kita sedia maklum ianya virus selsema babee

kalau masa selsema burung abis semua spesis burung dan ayam satu kampung di hapuskan bagi mencegah penularan, tapi kenapa masa selsema babee ni; takde satupun berita mengenai kerja penghapusan babee dijalankan sebagai satu langkah mencegah penularan selsema babee?

yang di sibukkan ialah kerja pindah kandang babee; dari dok pindah kandang babee baik hapuskan terus kandang babee

Tapi walaupun pada peringkat sekarang memang di lihat babee sebagai bukan satu-satu penyebar; faktor sebagai penyebab dan pembiak virus jugak perlu di ambil kira.

Jika jangkitan dan penyebaran sesama manusia dapat di bendung tapi puncanya masih di situ menyondol dalam kandang happy sebab tak kena penghapusan "etnik" Laughing seperti mana yang menimpa spesis burung dan unggas suatu ketika dulu pun tak guna jgk; sebab pusingan (cycle) penyakit dan penularan tetap ada


Jaw
Bgini tuan, ambil ebola ..ambil HIV yg dipercayai bermula dari keluarga beruk di Afrika......kita tak relevan nak bunuh binatang tersebut.

Kedua...virus wabak infuenza ini di bahagi kepada 3:

1. Seasonal Influenza....ini virus antara manusia ke manusia. Beberapa dekat ( 10 tahun satu dekat) ianya akan berulang. Ini virus nak senang cakap..datang dari manusia sendiri.

2. Avian Influenza ..disebabkan alam semula jadi..menjangkiti haiwan seperti burung. Kadangkala boleh mengjangkiti manusia.

3. Swine Ifluenza....disebabkan alam semuladi seperti virus yg terdapat dari binatang itu sendiri seperti barbi. Kadangkala boleh mengjangkiti manusia.

4. Pendemic Influenza...ianya sebenarnya gabungan dari ketiga2 di atas. Ia virus baru yg mutasi. Tak dapat dari babie secara direct..ianya berubah jadi virus baru.

@
macam di beritakan sebelum ni, hanya 0.1% atau 0.5% saja 'peluang' untuk manusia biasa MATI akibat h1n1.

manusia biasa ini merujuk pada manusia yang tiada komplikasi lain. iaitu sihat tanpa penyakit2 kronik lain.

kalau dilihat 7-8 kematian di malaysia, 80-90 % daripada simati ada sakit lain. pnemunia dan beberapa yg lain. si ibu baru tu, mati setelah 1 -2 minggu lahirkan anak.

disini kita dapat kesan satu tread yang common. kalau tengok semua yang mati, kita dapat simpulkan bahawa antibodi lemah.



C.
Sepatutnya dalam situasi sekarang k'jaan dah isytiharkan darurat dah. Semua pejabat dan sekolah ditutup seminggu.

Realitinya ialah kita tidak akan MAMPU untuk menyekat wabak (pandemic) selsema barbie ini dari merebak. Apa yang manusia mampu buat HANYA memperlahankan kadar ia merebak (rate of infection).

Selsema barbie adalah wabak yag merebak melalui udara (airborne) apabila sesorang itu bersin atau batuk misalnya. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan fizikal apabila mana-mana permukaan yang dicemari 'droplet' mengandungi virus disentuh pula oleh tangan kita. Virus akan berjangkit selepas kita menggunakan tangan tercemar tersebt untuk menyentuh kawasan hidung dan mulut. H1N1 BUKAN selsema bermusim atau 'seasonal flu'.

Masalahnya ialah vektor yang 'mengangkut' penyakit dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu manusia.

Kalau vektor penyakit adalah haiwan seperti serangga atau unggas, kita boleh kemampuan untuk mengesan, mengawal dan memusnahkan mereka tanpa banyak masalah. Manusia ni lain pulak halnya. Manusia memiliki kecerdasan dan daya imaginasi. Mereka boleh bergerak dari satu koodinat ke satu koodinat dengan pantas dan berkesan.

Setakat ini kita hanya mampu letak kamera 'thermal-imaging' (mengesan suhu tinggi/demam pada badan manusia) di pintu-pintu masuk sempadan. tetapi hakikatnya TIADA NEGARA di dunia ini mampu mengawal sempadan masing-masing 100 % berkesan.

Kita juga boleh menutup tempat-tempat awam seperti pusat pengajian tinggi, pejabat awam dan sebagainya, tetapi ini boleh melumpuhkan struktur sosio-ekonomi negara jika dilakukan berterusan.

Kebanyakan orang pula kemungkinan besar akan tidak mengendahkan simptom-simptom awal selsema barbie kerana ia sama dengan selsema biasa (demam, letih, sakit urat, hidung tersumbat dan sebagainya).

Ciri-ciri tamadun moden juga menyumbang kepada kepantasan H1N1 merebak. Sistem pengangkutan/telekomunikasi yang cekap, penempatan urban/kosmopolitan yang banyak, struktur bangunan dan pengangkutan awam (tertutup/berhawa dingin) dan sebagainya. Hakikatnya manusia TIDAK MAMPU menyekat penyebaran virus dari terus menular.

Apa yang boleh manusia buat? Cari penawar/antidote/vaksin SECEPAT MUNGKIN!

Setakat ini penawar yang digunakan di hospital-hospital seluruh dunia adalah regimen antiviral seperti Tamiflu dan Relenza, tetapi laporan CDC (Centre for Disease Control) USA, menyebut keberkesanan ubat-ubat ini MASIH DIRAGUI. Bagaimanapun ada desas-desus mengatakan penwar H1N1 akan ditemui pada penghujung tahun ini. Mari kita sama-sama berdoa.

Tetapi jangan le bimbang sangat. Wabak Spanish Flu sewaktu dunia pertama membunuh kira-kira 20-40 juta manusia. Tetapi pada waktu itu manusia belum ada antibiotik/antiviral, mesin hayat, makmal patologi/epidemiologi serta kelengkapan perubaan yang canggih. Ditambah pula dengan keadaan sosio-ekonomi dunia yang merundum ekoran perang. Zaman dulu, diarrhoea boleh melenyapkan sebuah bandar, sekarang ni penawarnya cukup mudah, iatu air galian (Oral Rehydration Salt).

Selsema pula adalah sejenis penyakit yang sangat biasa ditemui. Pengamal perubatan di seluruh dunia memiliki pengalaman yang cukup luas dalam merawat SIMPTOM-SIMPTOM selsema. Malah antara kaedah rawatan H1N1 yang dipraktikkan sekarang ialah merawat simptom.

Apa yang kita boleh buat? Ikut sahaja garispanduan dan nasihat yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan, yang paling penting ialah membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun.

D.
Berapa lama virus ni boleh bertahan kat open air yer? Katakan seorang pengusaha makanan dah terkena jangkitan ni, lepas tu dia sediakan makanan siap bersin kerrchieeeeuuu lagi kat makanan tu. So, boleh ke aku dapat virus s.?!@#$@# ni jika memakan makanan tu?

Ikut yg telinga aku dengar, virus nie hanya hidup dlm beberapa minit jea di ruang udara persekitaran dgn syarat dia tak dapat cairan badan manusia. Ia tak boleh merebak melalui makanan tetapi jika hingus dia bersin masuk dlm makanan dan kita telan..kemungkinan besar boleh kena.

Aku tanya soalan dlm majlis tu....ramai yg ambil air sembahyag dalam kolah/bekas air yg besar di masjid2. Adakah virus tersebut boleh dipindahkan ke dalam air dan hinggap ke anggota orang yg abil air smbahyang. Jawapannya aku nampak mcm tak berapa yakin dia jawab tetapi mulutnya berkata air klorin dalam kolah masjid akan membunuh virus tu.

Kesimpulan aku...bercakap, bersin dan batuk adalah cara paling mudah tersebarnya. Jadi biasakan berbual dgn kawan2 dalam jarak 1 meter.
~~~
ambik mudah sangat......bangga betul la bila buat saringan awal di airport......pintu2 masuk darat yg lain ntah camana......takziah.

http://en.wikipedia.org/wiki/1918_flu_pandemic

http://cns.miis.edu/flu_watch/history.htm

http://www.youtube.com/watch?v=gq4_jNeUT-U


sila download maklumat yg dikepil.












0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik