7.23.2009

Oh Abang...2 X 5

Thursday, July 23, 2009 by Mr PenyuBiru ·
Labels:

Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun
suami saya pergi oversea tadi.."

Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang
tipu isteri abang tu.."

Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin
dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face."

Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan
misai ni nanti dia marah plak"

Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah
memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini
kerana ada mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Helmi telah
mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya... isterinya sudah tidur...
Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur...tiba-tiba
isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam
kegelapan... dan berkata... "Kenapa kau tak balik lagi Jalil... kejap
lagi suami akak balik...!!"

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik