7.09.2009

Kisah Benar Penjara Pudu

Thursday, July 09, 2009 by Mr PenyuBiru ·
Labels:

Kisah pelik tapi benar di penjara pudu..Kisah dari Penjara Pudu Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakanbahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati padan keesokan harinya dibilik gantung. Di "BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,menjerit,bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis danbermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik terakhir" itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigilketakutan namun beranikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan berkata...

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu" "Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa" "Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa" "Ha Ha Ha Ha Ha"
Sekian adanya.........padan muka korangggggg..asyik tengok mail je keje tak buat.... Jangan marah ye......gurau je... Kalau marah nanti kena jual, ....hehehe... buruk rupekalau marah


2 comments:

AZANI said...
Thursday, 09 July, 2009

baru je nonton kat astro hari tu..hi hi hi.

DaliaLiyana said...
Friday, 10 July, 2009

ye ke?? leh caye ke sumber2 warden tu...huhuhuhu....

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik