7.23.2009

Gerhana Matahari 22/07/2009

Thursday, July 23, 2009 by Mr PenyuBiru ·
Labels:

Gerhana paling panjang abad ke-21 ini bermula pagi tadi, menyebabkan sebahagian rantau Asia bergelap, terutama di India dan China.

Kon bayangan gerhana atau 'umbra' mula muncul di Gujarat, barat India jam 6.30 pagi waktu tempatan (0100 GMT).

Ia kemudian bergerak merentasi benua India ke bandar suci masyarakat Hindu, Varanasi dan ke tebing Sungai Ganges sebelum ke selatan Semenanjung Bangladesh, Bhutan di Nepal hinggalah ke tanah besar China.

Di Malaysia, gerhana matahari separa turut berlaku tetapi amat sukar dicerap dengan mata kasar.

Ia berlaku jam 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi. "Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan semalam.

Kawasan Utara Semenanjung Malaysia adalah kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu.








0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik