6.18.2009

EVO X RM159,000, Honda ST1300 pula RM49,888

Thursday, June 18, 2009 by Mistaken Identity ·
Labels:



KUALA LUMPUR - Kos sebenar bagi kereta peronda berprestasi tinggi Mitsubishi Evolution X (Manual) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharga RM159,000 seunit dan setiap satu dilengkapi aksesori tambahan bernilai RM8,000.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kos tambahan itu bagi menjadikan kenderaan itu sesuai dijadikan kereta peronda.



Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan Lim Lip Eng (DAP - Segambut) yang ingin tahu kos bagi setiap daripada 25 buah kereta itu.

Jelas Hishammuddin, kos asal kenderaan berprestasi tinggi berkenaan ialah RM151,000 seunit dan perolehan itu dilaksanakan secara rundingan terus dengan Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd.

Katanya, kerajaan juga telah membeli 400 buah motosikal peronda Honda ST1300 dengan harga RM49,888 sebuah.

sumber : kosmo






Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik