5.08.2009

Kilang Goji Diserbu

Friday, May 08, 2009 by Mr PenyuBiru ·
Labels:


14 April, 2009

Sg Chua
Kajang ,
Selangor



Pernahkah anda mendengar perkataan Goji?


Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya.

Semuanya atas dasar, makanan kesihatan.



Tetapi, tengahari tadi, segala-galanya terbongkar, apabila kilang
memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu.

Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh
ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan
langsungnya, dirampas.

------------------------------------------------------
Kebenaran itu biasanya amat berat untuk diterima atau ditelan
lebih-lebih lagi setelah kepercayaan diletakkan akan sesuatu
perkara/hal.



Inilah yang berlaku ketika saya menerima maklumat mengenai serbuan ini.

Goji?





Kira-kira 6 bulan lalu, saya pernah dipaksa untuk membeli produk yang
didakwa produk kesihatan ini oleh seorang rakan.


Terbang RM15 untuk tiga paket semata-mata untuk ambik hati.

Dan sehingga sekarang, ketiga-tiga paket itu masih ada dalam simpanan
saya tanpa langsung ada keinginan dari saya untuk mencuba..


Sebenarnya, saya akan merasa amat bersalah jika perkara ini tidak saya
dedahkan di sini, dan sia-sialah peranan yang telah diamanahkan kepada
saya selama ini.


Saya telah mengkuti kira-kira 30 serbuan Bahagian Farmasi Kementerian
kesihatan sejak 5 tahun lalu.

Macam-macam penemuan yang tidak dijangka, memeranjatkan, malah tidak
terfikir oleh akal fikiran ini.

Dan berani saya katakan, kes sebelum ini, semuanya bermotifkan
keuntungan atas angin dan tamak serta penipuan yang amat terancang serta
sistematik.


Saya adalah wartawan yang sama sekali tidak akan memutar bel itkan apa
jua situasi dan berpandukan fakta dan apa yang berlaku.


Bagi yang tidak memahami tugas pihak lain, ingin saya anda mengetahui,
sesuatu serbuan hanya akan dilakukan setelah mendapat bukti yang
mencukupi supaya sebarang cabaran di mahkamah akan dapat ditepis dan
dikemukakan bukti jelas, nyata dan terang.


Kementerian Kesihatan akan melakukan beberapa siri ujikaji di makmal.


Bukan sekali dan bukan satu dua sampel, tetapi banyak kali dan
membabitkan banyak sampel dan setelah terbukti, ianya melakukan
kesalahan, maka tindakan akan dilakukan iaitu serbuan.


Dalam kes ini, hasil ujikaji makmal mendapati, 'Goji' yang diproses,
mengandungi 'sildenafil' , bahan utama dalam proses membuat ubat penguat
tenaga batin, Viagra.


Saya boleh memilih untuk tidak pergi dalam serbuan ini dan mendiamkan
diri, kerana saya mer upakan satu-satunya wartawan membuat liputan
serbuan ini.

Dan serbuan akan hanya tinggal serbuan tanpa pendedahan kerana anggota
penguatkuasa bukan wartawan dan mereka menjalankan tugas yang
diamanahkan.

Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan
pengilang, pengedar barangan ini.


Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini
terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai
dua buah kilang - berlesen dan haram.

Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan
hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk
makanan.

Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan
diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota.

Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan
mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama
dan untuk syarikat yang sama.

Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi
yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang
haram , tidak berlesen.

Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam
'makmal' sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut.


Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari
tempat mereka diserbu.

Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja
wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan
kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot
ada pada 'bos'.

Hasil pemeriksaan di kila ng utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan
(sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar
kepada pengedar utama di Kuchai Lama.


Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui
berwarna kelabu dan putih.

Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang.

Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi 'Goji',
dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan
mesin.


Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai 'sildenafil'
ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang
dipercayai menjadi bahan campuran di dalam 'Goji' yang diproses.

Penggunaan 'sildenafil' tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan
darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu
membawa maut.

Ia juga boleh meny ebabkan masalah pernafasan tertahan.

'Sildenafil' hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperolehi dari
farmasi dengan perskripsi doktor dan dengan dos tertentu.


Penggunaan mencampurkannya di dalam bahan makanan adalah dilarang kerana
risiko dan kesan sampingan akibat dari memakannya.


Pemeriksaan keseluruhan di kedua-dua kilang menemui :

- kira-kira 60 ribu paket ;Goji' yang telah siap dibungkus.


-10 buah tong plastik seberat kira-kira 25 kilogram setiap satu penuh
berisi serbuk 'Goji' yang belum dibungkus.

-Berpuluh ribu label bungkusan dan kotak kosong mempunyai label 'Goji'
terbabit.

- Beberapa mesin memproses dan membungkus 'Goji'.

Dan, 'Goji' yang dirampas, adalah sama seperti 'Goji' yang dipaksa beli
dari rakan tempohari.

Di masa yang sama, serbuan di pusat pengedaran di Kuchai Lama, turut br /> merampas kira-kira 30 ribu paket 'Goji' yang telah siap dibungkus.


Keseluruhan rampasan, bernilai dianggarkan kira-kira setengah juta
ringgit.

Hasil pemerhatian mendapati, bungkusan 'Goji' terbabit tidak menggunakan
logo halal yang dikeluarkan dari negara ini, tetapi dipercayai oleh
pihak lain di luar Malaysia.

Manakala sebagai barangan kesihatan, tiada nombor kelulusan KKLIUM pada
bungkusan.

Dan pemerhatian juga mendapati, 'Goji' terbabit sebenarnya diproses dan
dibungkus di kilang ini dan bukannya diproses di luar negara.

http://ondscene.via.my/2009/04/goji-sesuatu-yang-mengejutkanmemeranjat.h
tml





1 comments:

kEy said...
Friday, 08 May, 2009

haa g0ji?
ape ek?

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik