5.23.2009

Cara-cara Membuat Sticky Post

Saturday, May 23, 2009 by Mistaken Identity ·
Labels:

Semalam aku dah bagitau camne nak buat entri schedule. Hari ni sambungan kepada entri tersebut, iaitu membuat sticky post.

Sticky post ni akan menjadikan entri anda akan berada di paling atas di antara entri² lain untuk tempoh masa yang telah ditetapkan. Biasanya orang buat sticky post ni bila ada sesuatu pemberitahuan atau pengumuman. Contohnya, anda nak bagitau yang kucing belaan anda telah selamat melahirkan 3 ekor anak kucing. Seekor tu kaler hitam sebijik cam kucing jantan jiran sebelah. Sekadar menyebut contoh saje, entri mungkin berbeza bagi setiap blogger.


Ok, camne caranya nak buat sticky post ni.

1. Caranya senang saje. Anda buat entri cam biasa. Cam selalu anda buat lah. Dah selesai buat entri tu, apalagi tekan butang publish la.

2. Selepas tekan butang publish, tentu akan keluar mesej seperti dibawah.



3. Klik menu "Edit post" . Nanti akan dipaparkan semula ruang editor entri tersebut.

4. Masa ni, baru boleh anda set kan tarikh entri tersebut. (camne nak set kan tarikh tersebut, kan saya dah ajar pada n3 semalam) Sila masukkan tarikh due date entri tersebut atau dengan kata lain, sampai bila anda mahu sticky post tersebut berada kat atas sekali.

5. Bila dah tukar tarikh, klik butang "Publish" sekali lagi.

Done!

Senang je kan.

Selamat mencuba ! peace

ps : buat tutorial ni dalam keadaan mengantuk. so, malas nak melalut panjang²..


lagi tutorial atau tips dari aku boleh didapati di sini dan juga di sini.


-


1 comments:

Mansuka™ said...
Thursday, 15 October, 2009

Coba dulu ah. . Ini untuk di blogspot ya? Di edit post ada pengaturan tanggal/date? Salam kenal dari BALI,visit back www.Mansuka.BloGSPOT.Com

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik