5.21.2009

Cara-Cara Membuat Entri Berjadual (Schedule Post)

Thursday, May 21, 2009 by Mistaken Identity ·
Labels:

Kita kembali lagi dalam ruangan tips berblog bersama abang penyu! hehe... kenyit sengihnampakgigi

Kali ni abang penyu mahu bagitau kepada yang tak tau (yang dah tau duk diam² yer) tentang camne nak buat entri berjadual atau omputih cakap schedule post.

Kenapa kita perlu buat schedule post?

Ada banyak sebab, antaranya

  1. Masa tu kita ada banyak bende nak cerita kat blog. Kalu nak posting kesemuanya, takut pembaca blog anda tak sempat nak catch up.So, perlu ada gap masa setiap entri tersebut.
  2. Kita bercoti dan tak dapat online, tapi dalam masa yang sama kita tetap mahu blog kita sentiasa dikemaskini setiap hari.


2 sebab di atas sudah cukup tuk memerlukan anda schedule kan post anda.

Ok. Mari kita ikuti langkah² tuk schedule post..


1. Login ke blogspot. Pilih create new post.



2. Cuba lihat gambar di atas. klik pada menu "Post Option" (bawah kiri) cam gambar kat bawah ni.

3. Apabila sudah klik menu tersebut, hasilnya cam gambar di bawah.


(klik gambar tuk tumbesaran yang sihat)


4. Merujuk gambar di atas, Sila lihat anak panah no 4. Disitulah anda boleh masukkan tarikh dan masa bila anda mau entri anda dipaparkan. Pastikan anda masukkan tarikh dengan format yang betul (m/d/yy)

5. Just FYI,
  • anak panah 1 - untuk taruk label/kategori entri anda
  • anak panah 2 - untuk benar atau tidak benar kan komen pada entri anda. Kalu tak mau pembaca komen kat entri anda, sila klik "Don't Allow"
  • anak panah 3 - untuk benarkan atau tidak benarkan pembaca anda backlinks kan entri mereka dengan entri anda.

6. Bila dah setkan tarikh dan masa, dan dah puas hati dengan entri anda itu, maka klik button "Publish Post". Satu mesej akan dipaparkan sebaik saje posting anda berjaya dengan menyatakan entri tersebut akan dipublishkan mengikut tarikh yang disetkan.

done!

senang je kan. so, selamat mencuba!peace

tips : kalu takut terlupa nak setkan, sebelum mula menaip entri baru, setkan dulu tarikh dan masa, kemudian baru lah menaip. (aku selalu perasan ade sorang blogger tu selalu tersalah publish n3 schedule. dia keliru kut. sapelahlah ek blogger tu. hik3.. ihikhik)


ps : N3 ni pun sebenarnya adalah n3 schedule. kenyit


Tambahan!!

Lupa nak bagitau. Pastikan anda telah setting time zone mengikut time zone negara anda. Kalu Malaysia = GMT +08:00. Ini penting supaya anda tidak keliru.

caranya, pergi kat Settings -> Formatting . Carik menu Time Zone. Kemudian pilih dari listbox tersebut (GMT +08:00) Kuala Lumpur.

Selamat mencuba!

thanks to Helmi ingatkan aku!! peace

-








0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik