5.08.2009

BERHATI2 DI JAYA JUSCO BUKIT TINGGI KLANG

Friday, May 08, 2009 by Mr PenyuBiru ·
Labels:

Hai………..

Saya ingin memaklumkan kepada semua kenalan yang ingin membeli belah di Jaya Jusco Bukit Tinggi Klang anda hendakla berwaspada
Ini kerana terdapat Lelaki dipercayai berbangsa china dengan imej "smart" ketinggian dianggarkan 170cm bertubuh sasa telah berkeliaran mencari mangsa untuk diugut bagi tujuan mendapatkan wang.





Kejadian ini telah pun berlaku terhadap adik perempuan saya pada 30.04.2009 jam 2.00ptg di tempat letak kereta di tingkat 3. diwaktu kejadian itu lelaki tersebut telah mengekori adik saya dari tempat Food Court (Level 2) sehingga ke parking kereta (Level 3). Adik saya telah menyedari beliau diekori tetapi tidak menyangka lelaki tersebut ingin mengugut beliau memandangkan imej lelaki tersebut tidak seperti peyamun di sangkakan ingin ketempat parking kereta yang sama. Sewaktu adik saya membuka pintu kereta lelaki tersebut telah mengugut beliau dengan menggunakan Garfu makan dengan memaksa menyerahkan beg duit. Adik saya amat terkejut serta ketakutan segera memberi beg duit beliau..setelah mengambil wang berjumlah RM400 lelaki tersebut segera melarikan diri dengan memasuki semula Jaya Jusco..

Amatlah berharap jika kenalan semua dapat berhati-hati……janganlah berseorangan sewaktu membeli belah di sana. Pastikan anda memaklumkan kepada pihak keselamatan Jaya Jusco jika anda rasa seseorang yang berperwatakan mencurigakan sedang memerhati atau mengekori anda…….

SILA MAKLUMKAN KEPADA KENALAN ANDA YG LAIN BAGI KESELAMATAN SEMUA………..

Sekian Terima Kasih.

3 comments:

nabilah_2908 said...
Friday, 08 May, 2009

erm..mcm2 taktik penyangak zmn skrg nie..hrumm..

kEy said...
Friday, 08 May, 2009

waahhh!!
key dah la nak g sini mlm ni!!
erk......gurlppp~

ARYN said...
Tuesday, 26 May, 2009

takutnya..dhla selalu g jusco b.tinggi..huhu..

nsb parking kt bwh..xpenah lg naik atas

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik