4.28.2009

SELSEMA KHINZIR

Tuesday, April 28, 2009 by Mr PenyuBiru ·
Labels:



Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda

Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,

menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak

berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru

pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai

langkah berjaga-jaga.


Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang

selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A

(H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema

ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula

menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.







Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika

Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin

meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui

di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih

1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang

dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin),

Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini

sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih

20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.


Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah

seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada

juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya,

muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti

manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut

yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam

lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah

seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir,

walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah

dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia

bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.


Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan

juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat

negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda

wabak Selsema Babi.


3 comments:

armouris said...
Wednesday, 29 April, 2009

lagi info tentang swine flu kat sini - FAQ on Swine Flu

Anonymous said...
Sunday, 03 May, 2009

Awesome post!

Nak tahu langkah berjaga-jaga yang lebih bagus dan berkesan dari memakai face mask...ok, apakata call Mami Tanjung kita(+6016 4757478)

Sebelum kita jadi carca marba lebih baik cari penghalang dan pengawalnya.

Mike Darwish said...
Sunday, 03 May, 2009

http://rosssafinahor.blogspot.com

Disini ada post yang dapat membantu dalam isu ini.

Cuba lihat...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik