4.10.2009

Sediakan Spare Girlfriends Sebelum Frust

Friday, April 10, 2009 by Unknown ·
Labels:

Semalam aku nak memulakan aktiviti jejalan baca blog. Biasanya aku mulakan melalui ruangan "Blog I'm Following" . Aku akan baca blog yang latest sekali update sehingga yang tak berapa latest. Tapi semalam aku mulakan kat list box "kekawan" . Mulakan dengan abjad "A".

Bila aku bukak blog mamat poyo nie , kuar mesej cam gambor kat bawah ni.


blog dah diremoved kan?? hmmm.. aku saspek mesti blogspot yg removed ni. so, aku mesej tanya mamat poyo tu. hmm..sangkaan ku betul, blogspot removed blog tersebut tanpa apa² notis, tanpa apa² warning. just do it! huhu... tambah mamat poyo tu lagi, ade 2,3 opismet dia mengalami nasib yg sama. (aku saspek bos korang dah tau korang berblog time keje kut.hik3..ihikhik)

Aku tak jadi nak jejalan baca blog. Aku segera buat backup tuk semua blog aku. Sediakan spare GF sebelum frust! Sediakan payung sebelum hujan ! sengihnampakgigi

Disini aku bagitau cara² nak backup blog anda. Kalu dah tau, takpelah. Tapi modus operandi ni untuk pengguna blogspot saje. Sebab aku pakai blogspot.

Memula, ambik 2 biji telur dan masukkan tepung gandum naik sendiri.. opsss! tersalah bukak buku resepi pulak..sengihnampakgigi

Cam biasa, login blogspot dulu. Dah login, klik Setting - Basic. Anda akan dapat cam gambar di bawah.

Anda akan nampak ada label "Blog Tools"

Import Blog - untuk restore semula apa yang telah diexport (backup)
Export Blog - untuk backup semua posting blog anda
Delete Blog - untuk melepaskan tekanan jiwa hapuskan blog la

Klik "export blog" untuk backup semua posting blog anda. Nanti keluar cam gambar di bawah.


Klik "Download Blog" dan save ditempat yang selamat di dalam komputer anda. Kalu banyak posting, ia akan memakan masa sedikit. Proses ini akan backup semua posting² anda yang telah dipublishkan termasuk gambar, komen².

Perlu diingat, fungsi ini hanya backup posting² anda sahaje. Tidak untuk layout atau template blog anda. Jadi, untuk backup layout blog anda, pergi ke Layout -> Edit HTML. Anda akan nampak seperti gambar di bawah.



Klik "Download Full Template" untuk memulakan proses backup layout anda. Save di tempat yang selamat.

Kalu anda mempunyai banyak blog, ulangi proses yang sama untuk blog yang lain pula. Amalan backup ini anda boleh lakukan ikut suka hati anda. Setiap hari pun boleh, setiap minggu pun boleh setiap bulan pun boleh. Kalu anda sayang semua posting anda, selepas post satu posting, teruslah buat backup. Jadi, backup anda sentiasa up-to-date. Aku selalu buat backup weekly. Itupun kalu aku teringat. hehe sengihnampakgigi

So, selamat ber backup!! peace

Jangan biarkan henpon anda diselubungi....... miss call.... kenyit




-

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik