4.09.2009

Pembahagian Seekor Lembu Betina

Thursday, April 09, 2009 by Mr PenyuBiru ·
Labels:

Pak Dollah meninggal lima tahun selepas isterinya meninggal.Tinggallah
anak - anak mereka Chan dan Chin.Tiada harta berjuta yang Pak Dollah
tinggalkan selain sebuah rumah dan seekor lembu betina....

Chan dan Chin tiada masalah tempat tinggal kerana Pak Dollah telah
tinggalkan rumah pusaka kepada mereka.Chan menoreh getah di kebun
penghulu manakala Chin menjual ikan.Tiada masalah dalam mencari
nafkah.Namun yang menjadi masalah meraka ialah soal lembu betina yang
seekor itu.

"Kita bahagikan lembu ini kepada dua bahagian,"kata Chin
Chan bersetuju.

"Siapa yang akan mengambil bahagian depan?"Chin bertanya



"Terserahlah kepada kau,"jawap Chan

Chin segera terfikir, bahagian depan adalah bahagian yang baik.Bahagian
depan ada kepala.Ada kepala ada otak.Ada otak ada fikiran.Jadi, aku akan
ambil bahagian depan.Chin tersenyum sendirian.

"Saya akan ambil bahagian depan, dan abang ambil bahagian
belakang.Boleh?"Chin mahu jawapan Chan

"Abang ikut saja,"jawap Chan

Chin gembira.Dia dapat mengenakan abangnya.Dia teringatkan tahi lembu.
"Bahagian belakang ialah bahagian lembu berak,"Chin berfikir dan
tersenyum

Keputusan dah dibuat,

Pada satu petang, ada orang datang membeli tahi lembu untuk dijadikan
baja tembikai.Chan mengambil semua duit itu,kerana tahi lembu itu keluar
dari bahagian belakang lembu.

Pada esok harinya, seorang petani datang ke rumah mereka.Petani itu
marah kerana tanamannya telah dimakan oleh lembu mereka."Awak berdua
mesti membayar ganti rugi.Saya rugi seratus."petani bersuara tegas

Chan melihat wajah Chin.Chin mengeluh.

"Kita kena keluarkan duit RM50 seorang."kata Chin

"Tidak."balas Chan. "Awak seorang saja yang kena bayar.Yang
makan padi
ialah mulut.Mulut berada di depan.Bahagian depan adalah milik awak."

Chin terperanjat.pembahagian lembu itu merugikan dirinya.

Dua bulan kemudian lembu itu bunting,Chan berkata, "Andai anak lembu itu
keluar dari bahagian belakang, anak lembu itu milik aku,"

Ini kerugian ketiga bagi Chin.Dia bersedih....

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik