3.21.2009

TEMUDUGA

Saturday, March 21, 2009 by Mr PenyuBiru ·
Labels:


Subject: TEMUDUGA

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham
Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap
atau
seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah
sebagai
sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput
anda. Ia
akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia
akan
berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang
tertentu. Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:



Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam
kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang
yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika
mayatitu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau
masih
hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan
disebelah
kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan
daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan
diletakkan
dihujung dua kakinya.


Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata
kepada
malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat
berpindah ke
sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada
jalan
masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata
kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari
arah
kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku
tidak ada
jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya
kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku
sebentar,
aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami
tanya
ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang
kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepada
nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan
aku
naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang
membawa
kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata
kepada
mayat itu :
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian
dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat
kamu dan
itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka
bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70
hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik