10.25.2008

Bantulah Che Nat

Saturday, October 25, 2008 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Entri ini aku kopipes dari blog kassim selamat. Semoga semakin ramai dapat membantu Che Nat dan keluarganya.


Azrul atau Che Nat nama panggilan di kalangan rakan²nya kini terlantar lesu di katil. Che Nat pemuda berusia 19 tahun, anak sulung dan bekas pelajar kolej di Port Dickson kini terpaksa melupakan terus pengajiannya. Bapanya seorang pengawal keselamatan manakala ibunya mengambil upah menjaga anak² jiranya. Sebagai anak sulung Che Nat menjadi harapan kepada keluarganya. Kini harapan keluarganya punah angkara perbuatan manusia yang bersikap kebinatangan.

Semuanya bermula Februari lalu. Che Nat dan anakku Amir semasa cuti semesternya lalu telah keluar bersiar-siar dengan motorsikal di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan kedua-dua mereka baru saja membeli motorsikal baru. Seronok dan teruja dengan motorsikal baru.

Mereka memberhentikan motorsikal dan duduk berbual-bual di tepi jalan. Sedang mereka duduk berbual, datang seorang lelaki melayu menghampiri mereka dan menghulurkan tangan bersalaman. Lelaki ini kelihatan mabuk, menunjukkan sejumlah wang Dollar kepada Amir dan rakan-rakannya. Tidak tahu apa motifnya, kemudian berlalu pergi.

Sebentar kemudian, lelaki tadi datang bersama dua orang lagi rakannya. Mereka mengarahkan Amir dan rakannya mengeluar dompet dan handset sambil mengacukan pisau rambo. Dua rakan Amir sempat melarikan diri dengan sebuah motorsikal.

Ketiga-tiga penyamun ini berkeras menuduh Amir dan rakan-rakan mengambil duit rakannya berjumlah RM10 ribu. Mereka cuba membawa Amir dan Che Nat untuk di jadikan tebusan. Amir menolak untuk di jadikan tebusan dengan menyerahkan motorsikal yang baru di belinya. Mungkin kerana sayangkan motorsikalnya, Che Nat mengikut penyamun tadi dengan harapan motorsikalnya akan dapat kembali dan tidak menyangka perkara buruk akan berlaku pada dirinya.

Semasa membuat laporan polis, panggilan di terima dari handset Che Nat. Kedengaran suara Che Nat mengerang merayu minta tolong kerana kesakitan dibelasah oleh penyamun tersebut.

Di ringkaskan cerita, keesokan harinya tubuh Che Nat di jumpai terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan yang parah. Doktor terpaksa membuang sebahagian tempurung kepalanya. Di kedua-dua tapak kaki Che Nat telah dikelar dengan pisau rambo. Kejamnya manusia!

Setelah enam bulan dirawat di hospital, Che Nat dibawa pulang ke rumah. Keaadaannya amat menyedihkan. Terlantar di atas katil dan hilang ingatan akibat kecederaan parah di bahagian otaknya. Segala²nya perlu dibantu.

Menurut nasihat doktor, Che Nat perlu minum susu khas untuk memulihkan kesihatannya. Dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan agak sukar bagi ayah Che Nat untuk membeli susu tersebut yang harganya agak mahal di samping ubat²an lain serta lampin pakai buang.

Yang pasti, suasana pilu pasti menyelubungi keluarga Che Nat pada pagi Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba.

Mari bersama, kita ringgankan beban keluarga Che Nat dengan menghulur sedikit bantuan di bulan yang mulia ini. Anda boleh menghubungi En. Zulkifli, ayah Che Nat di talian 03-8724 3629 atau menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching, YM Raja Zazman di talian 012-269 4967 untuk menyalurkan bantuan.

Semoga dengan sedikit bantuan yang kita hulurkan dapat menceriakan pagi Syawal keluarga Che Nat.




Lagi entri berkenaan Che Nat di blog kassim selamat di sini & di sini juga.



-

Baca seterusnya...

Malu Beranak

Saturday, October 25, 2008 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dia pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dia keluar.
Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... apa nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."
Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!" gelakguling




-
Baca seterusnya...

10.23.2008

Shortcut key untuk kuasa dua ( ² )

Thursday, October 23, 2008 by Mr PenyuBiru · 6 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Tahukah anda shortcut key untuk buat simbol ini (simbol kuasa dua) -> ²

Caranya mudah sahaja, anda perlu tekan butang kekunci "Alt". jangan lepaskan dan dalam masa yang sama tekan no "2" , no "5" dan no " 3" cepat².

Alt(hold) + 2 5 3 => ²


cubalah! kenyit




-
Baca seterusnya...

10.22.2008

Google pada tahun 2001

Wednesday, October 22, 2008 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sekarang google merupakan laman enjin carian yang begitu popular. Tapi tahukah anda rupa bentuk google masa mula² ia dilancarkan pada January 2001.

Anda mungkin teringin mahu kembali ke tahun 2001 bersama google.


Kini semperna ulang tahun google yang ke 10, google menyediakan satu laman khas untuk google pada tahun 2001. Semua indexnye adalah pada tahun sebelum januari 2001. Ini bermakna pada masa tersebut laman youtube belum wujud lagik. Cuba lihat result carian "youtube" dibawah.

apekebende youtube tu?? sengihnampakgigi



blog penyubiru pun tarraaa lagik! hahaha... (aku start blogging tahun 2002)


Jom ke Google 2001!


peace




-
Baca seterusnya...

10.20.2008

Kenape Lelaki Merajuk?

Monday, October 20, 2008 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seorang laki yg pendiam tetiba merajuk...Dah 3 hari tak bercakap ngan
bininya...Suatu ptg bininya pun bertanya;

Bini: Kenapa U?
Laki : uhhhhh!!luat! !!
Bini: Pasai i kuar pergi kedai tak bagi tau u ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai mak bapak i datang ngan adik2 tinggal sampai 2 minggu ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai keter U, i bagi pancit ker?
Laki: Tak
Bini: Err!pasai i amik duit u RM10,000 tak bagi tau u ker?
Laki: tak!
Bini: Pasai i tak iron baju u ker?
Laki: Tak
Bini: Pasai i tak pernah masak kat u selama nie ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai i selalu suruh u beli lauk bungkus ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai i tak nak anak ker?
Laki: Tak!
Bini: Pasai u kena basuh baju kita ker?
Laki: Tak!
Bini: Abis tue???awat nie???
laki: Err! Naper u dah bulih semayang tak cakap i pun!...
Bini: ???????

gelakguling



-
Baca seterusnya...

10.19.2008

Lewat Sebulan

Sunday, October 19, 2008 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je...." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya........ ...."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"

???????????? ???????.. ......... ......... .

gelakgulinggelakgulinggelakguling


-
Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik