8.16.2008

Saiful Bersumpah Laknat

Saturday, August 16, 2008 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi.

Sambil duduk bersila menghadap kiblat, bekas pembantu peribadi Anwar itu yang bersongkok dan berbaju Melayu warna coklat memegang al-Quran ketika melafazkan sumpah berikut:

“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

sumber : utusan online , 16 Ogos 2008

ps : Seperti biasa, aku memilih untuk tunggu dan lihat. nampak dah kritikal dah nie.


Baca seterusnya...

KartunisUbi.Com

Saturday, August 16, 2008 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Suatu masa dulu korang tentu pernah baca majalah Ujang kan. Korang tentu pernah baca "Budak Hostel", "Aku,Dia & Volkswagen" dan "IN" . Semua citer kartun tu dilukis oleh kartunis Ubi. Aku suka betul layan citer tu. kartun² yang dia lukis nampak kemas dan menarik untuk dibaca.



Skrang dia dah tak kerja di majalah ujang dah. menurut laman blognya :

Pada hari ini, selain daripada membuang masa dengan bermain PS2, menonton DVD cetak rompak, Ubi juga adalah seorang kartunis, pelukis komik, karikatur dan lelaki bebas sepenuh masa.

Anda boleh mendapatkan produk dan perkhidmatan Ubi di laman web berikut:

Dan pada hari ini juga, ketika artikel ini ditulis, Ubi masih lagi menggunakan kartunnya untuk berlagak best pada kawan-kawan yang cemerlang dalam arena sukan dan masih lagi berusaha untuk dapat berkenalan dengan mana-mana artis atau model yang cantik lagi glamour….


itulah otak seorang kartunis. asyik nak loyar buruk jer.

Anda boleh mengikuti cerita terbaru tentang kartunis Ubi di kartunisubi.com.





Baca seterusnya...

Berjimat Membawa Nahas

Saturday, August 16, 2008 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Baca seterusnya...

8.15.2008

Beckham Takut Bini??

Betul ke Beckham takut kat bini dia, si Posh tu ?

Jom kita lihat sequence gambar kat bawah ni!


cuba tengok anak mata Beckham tu..


kita close up skit. nampak tak anak mata Beckham tu?


bila posh jeling kat dia, Beckham buat² tak tengok.


dah kantoi. Beckham buat² pujuk..


hehe.. Posh tak makan pujuk..

Baca seterusnya...

Pengalaman Pakai U Mobile

Friday, August 15, 2008 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
* Cerita ini aku dapat daripada forwarded emel. Sekadar berkongsi..


Hello kengkawan..!

Just nak bagitau jer kat sini pasal U Mobile 018 tu lah.
Yang skang ni sibuk buat iklan kat tv. Bulan May lepas aku gi jenjalan lah kat
Gombak. Akupun singgahlah kat satu kedai hp ni sbb nak tengok2 handset..
Akupun ternampaklah poster U Mobile ni.

So, aku pun courious sangatlah nak tau amendenyer U Mobile ni. Toke nipun
bercerita pendeklah kat aku.
1. Takde access fee. (yuran bulanan)
2. Monthly charges RM38/mth (minimum)/ Maksudnya kalau guna lebih dr RM38,
kena bayar lebihlah.
3. Charges dikirakan berdasarkan per saat. Bukannya per minit.
4. Call charges dan sms flat rate ke semua operator.
5. Selagi tak activate, tak payah bayar.
6. 2 bulan free access untuk broadband.

Itu jer lah citernya.

Aku pun memanglah berminat sebab aku pun suka bergayut.Kira murahlah sikit
berbanding Minute Plan Celcom yang aku guna skang ni.

Aku pun daftarlah. Sorang blh daftar 2 no walaupun nama blacklisted. (Nampak
sgt co. ni terdesak sgt nak kan bisnes)

Selepas 24 jam aku pun cubalah sim kad U Mobile 018 ni. Maklumlah nak try.
Malangnya tak jugak ada line.

Aku pun naik fed-up lah.

Masuk hari ke 3 aku call cust. service utk check. Malangnya aku diberitahu
bahwa U Mobile 018 ni hanya untuk 3G handset sahaja. Akupun benganglah.
Apesal agent tu tak bagitau kat aku pasal ni. Hdset aku mana boleh akses 3G.

So, akupun simpan jerlah sim kad tu buat bodoh pasal tak boleh nak activate.
Agent tu kata selagi tak activate tak payah bayar.Tiba-tiba hari ni
13/8/2008 aku terima bil dari U Mobile 018 untuk bulan May 2008 berjumlah RM 45.15. Aku daftar 2 nombor so kalilah 2.

Lagi aku tension. Aku call lagi cust service nak tanya kenapa aku perlu
bayar untuk benda yang aku tak guna.

Jawabnya itu commitment aku pasal aku dah mendaftar dengannya. Lagipun aku
tak terminate lagi no. tuh!

Hidup2 aku kena tipu dengan agen dia ni. Gampang sungguh..!

Itu baru bil utk bulan May. Bermakna bil untuk bulan Jun, Julai dan Ogos
akan menyusul kemudian selagi aku tak terminate line ni. Memang barua U Mobile
ni.!Seminggu selepas tuh aku terserempak dengan sepupu aku yang menggunakan
U Mobile 018 jugak. Katanya coverage mmg teruk. Sebenarnya U Mobile 018 ni
menggunakan roaming dari celcom sebab coveragenya yang terhad. Dia pun
merungut sakan..!

Masalahnya lagi tempat nak membayarnya pulak tu dia kat Time Square ngan
Sunway Pyramid jer. Adoii.. lagilah pening.!!

Apa nak buat..! Dah terkena, terima jer lah.

RM 45.15 x 2 x 4 = RM 361.20

(Perlukah aku membayar untuk perkhidmatan yg aku tak gunakan?)

Tak habis2 kena tipu dalam hidup ni.!

Baca seterusnya...

8.13.2008

Sepasang Suami Isteri & Cermin

Wednesday, August 13, 2008 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naikpelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so,dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri : Apsal mak ketawa?..
Mak : Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu!

ps : hehe...


note : citer lawak nie bukan nak menghina sesape dan xde kena mengena dgn yg hidup atau mati.peace!

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik