12.29.2008

Steven Gerrard Kena Tangkap

Monday, December 29, 2008 by Mr PenyuBiru ·
Labels:


LONDON 29 Dis. – Kapten pasukan Liverpool, Steven Gerrard ditahan awal pagi tadi selepas didakwa menyerang seorang lelaki sehingga menyebabkan lelaki itu dimasukkan ke hospital dengan kecederaan muka.

Pemain tengah England itu, ditahan pada pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) di Southport bersama-sama lima lagi lelaki lain dan masih dalam tahanan polis untuk proses soal siasat kata sumber polis.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan nama suspek sebelum mereka didakwa.

Mangsa yang berusia 34 tahun itu dibawa ke hospital dengan kecederaan muka namun keadaannya stabil, kata polis.

Insiden yang berlaku berdekatan Liverpool itu terjadi beberapa jam selepas Gerrard berjaya menjulang kelabnya dengan dua gol yang memenangi pertemuan dengan Newcastle 5-1 di timur laut England.

“Polis Merseyside kini masih menyiasat serangan yang terjadi pada awal pagi tadi... di Bold Street, Southport.

“Enam ditahan ekoran kejadian itu kerana disyaki menyerang mangsa di Lord Street,” menurut kenyataan polis tanpa menamakan Gerrard. – AP

sumber : utusan online


lagi, Steven Gerrard arrested for assault


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik