8.16.2008

KartunisUbi.Com

Saturday, August 16, 2008 by Mr PenyuBiru ·
Labels: ,

Suatu masa dulu korang tentu pernah baca majalah Ujang kan. Korang tentu pernah baca "Budak Hostel", "Aku,Dia & Volkswagen" dan "IN" . Semua citer kartun tu dilukis oleh kartunis Ubi. Aku suka betul layan citer tu. kartun² yang dia lukis nampak kemas dan menarik untuk dibaca.



Skrang dia dah tak kerja di majalah ujang dah. menurut laman blognya :

Pada hari ini, selain daripada membuang masa dengan bermain PS2, menonton DVD cetak rompak, Ubi juga adalah seorang kartunis, pelukis komik, karikatur dan lelaki bebas sepenuh masa.

Anda boleh mendapatkan produk dan perkhidmatan Ubi di laman web berikut:

Dan pada hari ini juga, ketika artikel ini ditulis, Ubi masih lagi menggunakan kartunnya untuk berlagak best pada kawan-kawan yang cemerlang dalam arena sukan dan masih lagi berusaha untuk dapat berkenalan dengan mana-mana artis atau model yang cantik lagi glamour….


itulah otak seorang kartunis. asyik nak loyar buruk jer.

Anda boleh mengikuti cerita terbaru tentang kartunis Ubi di kartunisubi.com.




0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik