8.06.2008

AWAS! Pengguna CIMB Online !

Wednesday, August 06, 2008 by Unknown ·
Labels: , ,

Kepada semua pengguna CIMB online, harap berhati² apabila menerima emel seperti dibawah. Ini adalah emel phishing.

Kerna ingin tahu, aku telah klik link tersebut. (aku berani klik pasal aku xde akaun cimb pun)



Link tersebut membawa aku ke sini. Semua design web tersebut sama seperti CIMB online. bezanya, URL dan tiada security. (xde https dan xde icon padlock)

kat ruangan UserID dan password, aku taruk "bodoh" + "mangkuk ayun". Kemudian aku klik submit.

page ini akan dipaparkan, mintak masukkan TAC no. aku taruk perkataan yang sama kat ruangan TAC tu. kemudian klik submit.

page ini dipaparkan. cuba korang baca apa diorang tulis tu. pandai betul diorang menipu ek. ade ke dia suruh pengguna tu jangan log ini sehingga pukul 7 pm. kononya tengah repair profile akaun tersebut, tapi sebenarnya sedang merompak akaun pengguna tersebut.

Kepada semua, berhati² !

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik