6.20.2008

MENOLONG ORANG YG TENGAH NAZAK

Friday, June 20, 2008 by Unknown ·
Labels:

DIPANJANGKAN. .......... .


MESTI BELAJAR/KERANA KITA AKAN MENGHADAPI KEMATIAN

Assalammualaikum

Pada hari Sabtu lepas Surau Darussaadah di Keramat Permai telah
mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz
Abdullah Mahmud.
Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang Ingin saya kongsi bersama
rakan2 sekalian:-

MenurutUstaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah
dalam 'membantu'seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita
akanmengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang
tersendiri dan bermacam2 ragam (setengahdengan tartil,
setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akanmenjadikan orang yang tengah nazak
merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita
'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah
yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran
nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2
semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara
terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah
nazak.

iii.Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca
untukmenimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca bolehmembantu
pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin ,
berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz 'Laa ila ha illallah'.

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti
lagi, dan menolong beliau mengucap 'Laa
ila ha illallah'lagi.

vi.
Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga
ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara
atau mak ayah kita dalam
menghadapisakaratul maut. Dan smoga kita mendapat
segala rahmat serta hidayah NYAdlm membuat amal kebajikan den gan cara yang
betul bukan semata2melalui ikutan adat. Amiin.

Panjang2kanlah email ini
pada rakan2 dan sanak saudara utk Kebaikan kita bersama.

Wassalam.


source : forward emel

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik